SIAKAP MASAM MANIS
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan belah belakang
tepung jagung
garam
kunyit
halia - potong nipis
bawang putih - pecahkan
bawang besar merah - potong bulat
sos tiram
cili sos thai
sos plum
nenas - potong ikut suka
daun ketumbar/daun sup
air 1/2 cawan
cara
keringkan ikan ngn tissue dan lumurkan dengan garam, kunyit dan tepung jagung
gorengkan dalam minyak yg banyak.
goreng hingga garing...angkat
tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia..
bila dah layu, masukan nenas..goreng lagi hingga nenas layu..
masukan sos tiram, cili sos thai dan sos plum
tambah air 1/2 cawan supaya kuah x pekat sangat.
bila dah masak, tuangkan atas ikan yg digoreng tadi... taburkan duan ketumbar atau daun sup..
siappp...

KARIPAP PUSING
Bahan-bahan:
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam
* Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan
2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.
Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Rinn biasanya menggunakan inti keledek.
Inti keledek
2 biji ubi keledek, dipotong kiub
1 biji bawang besar, dipotong halus
2 ulas bawang putih, dipotong halus
Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
3 sudu besar serbuk kari
1 pelepah daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus
Cara
Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

bestnyeee....malam2 ni aku jadi lapa laaa...yummy2....
ReplyDeleteyeayyy...suka la blog yana ada resipi..kellass i likee..buleh kak hanis try nanti..tq dear
ReplyDeletehai mc na..
ReplyDeleteelok la tu blaja msk.. nnt dh nk kawin bleh msk kat suami..hehe..
paan..
http://farhazal.blogspot.com/
aku follow mum mc na...
ReplyDeletenok belaja masok sebab nok nikoh nie...muahahaha....bagus2...